Ahmad Arif

Lilypie Third Birthday tickers

Ahmad Aqil

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 15, 2010

al-fatihah..

al-fatihah...

kalau mak masih ada..13/11 ni genap usia mak 59 tahun...dah 15 tahun mak pergi meninggalkan kami semua..pergi dengan tenang, pergi semasa ibunya masih hidup dan memaafkan semua kesalahannya, menghalalkan susu yang diminum, pergi disaat suami masih ada dan memaafkan serta redha dengan segala kesalahan yang telah dilakukan ketika menempuh hidup bersama...pergi ketika  ibu, suami, dan kesemua anak2 ada disekelilingnya, sebelum doktor menanggalkan alat itu!! life support machine...alangkah beruntungnya ibu ku itu...

masih teringat kata-kata adikku yang satu itu, ketika ibu sudah siap dikapankan..dilontarkan pertanyaan kepada kakakku yg sulung.."kak nor, kita boleh jumpa mak lg kan,kita boleh jumpa mak kat syurga kan??" bertambah deras airmata yang turun dipipi..ketika itu, adik yg satu itu, masih lg tidurnya bersama mak, masih lg dipakaikan stokin ketika nk ke sekolah..begitu tabah adikku itu...anak lelaki tunggal dan bongsu, kesayangan arwah mak...dan adikku itu, baru sahaja melangsungkan perkahwinannya 23/10 lepas..kesemua anak-anak mak dah berkahwin, mak dah ade 3 menantu lelaki dan 1 menantu perempuan..dan kami berkahwin, tanpa sempat mak melihatnya...tanpa sempat mak menepung tawar..tp kami tahu, walau mak xde bersama kami, doa restu mak sentiasa mengiringi kami semua...(adus..citer lebih2 lagi laju turun airmataku ini kang)..semoga roh mak ditempatkan di kalangan org yg beriman...aminn  ya rabbal al amin..rindu mak sgt2!!tersangat rindu!!

tarikh ini juga 13/11 pd jam 11.30mlm, kembalinya Pak Ngah Mahat (adik arwah mak)ke rahmatullah..suatu ketika dahulu, di tarikh ini, kakaknya dilahirkan, dan ditarikh ini juga, perginya beliau menemuiNya..mengikut kata mak ngah, arwahnya meninggal semasa perjalanan ke hospital selepas mengadu sesak nafas...sempat mengucap 3 kali dan membaca surah2 lain..alhamdulillah!!!semoga roh pak ngah bersama org yang bertakwa..

dan disebabkan itu, kursus pendek blog terpaksa ditunda disaat2 akhir, sebab saya diberitahu pada pagi 14/11..mana nak carik org ganti last2 minit camtu..so, last solution, tunda ke tarikh lain..pergi melawat ke tenggaroh 2..

2 comments:

  1. mase dapat tahu arwah pak ngah meninggal, terkejut sungguh, baru minggu lepas cium tangannye mase datang kenduri hairul...tapi malam tadi lepas tidokan aleiaa, tibe-teringat tarikh 13.11 arwah mak lahir dan tarikh arwah pak ngah meninggal...teresak2 sorang2 tengah malam tadi...moga kedue2 orang yg amat disayangi ini dihimpunkan dikalangan orang2 yang bertaqwa...ammmminnn Ya Rab

    ReplyDelete
  2. al fatihah untuk mak dan pak ngah.
    nanti kita ngajaq blog sama-sama k..
    memang kita ditakdirkan bersama-sama kot hahaha

    ReplyDelete